Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rambut yang cantik, betul tak? Tanpa kita sedari, kandungan produk turut memainkan peranan penting untuk mendapatkan produk yang bersesuaian dan memberi kesan terbaik pada rambut kita.
Kini ada pelbagai produk semulajadi ada di pasaran. Tentu rambang mata untuk memilih kan? Sebagai pengguna, jom kita kenali setiap jenis minyak serta fungsinya sekali.
- MINYAK ZAITUN - Membantu mengelakkan kelemumur dan kulit kepala gatal. Ianya kaya dengan vitamin E untuk mengalakkan pertumbuhan rambut sihat.
- MINYAK KELAPA - Menghalang hujung rambut bercabang. Membantu menguatkan rambut anda dan menjadikan rambut anda cantik berkilau.
- MINYAK JOJOBA - Sesuai digunakan dengan shampoo. Penggunaan minyak jojoba bersama secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut jadi kering.
- MINYAK KASTOR - Membantu menyuburkan kulit kepala dan menguatkan akar. Ia juga membantu mempercepatkan peredaran darah untuk meningkatkan pertumbuhan rambut.
- MINYAK ARGAN - Menyuburkan rambut kering dan rosak. Kaya dengan Vitamin E dan merupakan bahan antioksidan semulajadi
Pastikan ia bersesuai dengan masalah rambut yang anda hadapi. Kerana pemilihan yang betul akan mampu memberi khasiat secukupnya pada rambut anda.
#ProdukSemulajadi
#SevenisHairOil
#ProdukAsmakMujarab
